Kamis, 12 Maret 2009

Syarat-syarat/ Kelayakan Seorang Mujtahid

Syarat-syarat/Kelayakan Seorang Mujtahid :

Seseorang ahli ijtihad dan mujtahid mestilah mempunyai syarat berikut :

1. Islam dan bersikap adil

2. Mengetahui tentang al Quran berserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

3. Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

4. Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku ijmak. Hal tersebut supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.

5. Mengetahui al Qiyas - iaitu merangkumi tentang Illah, hikmat, kemaslahatan masyarakat serta uruf.

6. Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna. Hal ini supaya dapat mentafsirkan al Quran dan Hadith dengan baik serta dalam istinbat hukum.

7. Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al Quran dan hadith.

8. Mengetahui ilmu usul fiqh, Kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan istinbath hukum

9. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu untuk membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah. Iaitu mempunyai kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang mendalam.

10. Baligh iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran.

11. Mengetahui tentang dalil akal serta kehujahannya.

12. Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam sekurang-kurangnya, biarpun tidak menghafaznya.

13. Mengetahui tentang sebab nuzul ayat serta sebab datang hadith atau asbab Wurud Hadith serta syarat hadith Mutawattir dan Ahad.

Sumber rujukan :

Pengantar Usul Fiqh - Ustaz Abd Latif Muda dan Ustazah Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam.

Tambahan dari Ustaz Rashidi :

Berkata al-Allamah Syeikh Muhammad al-Khazraji di dalam kitabnya al-Qaul al-Badi Fi ad-Radd Ala al-Qailin Bi al-Tabdi mengenai syarat-syarat seorang mujtahid:

01. Mengetahui asal-usul perkataan-perkataan Arab dan yang berkongsi makna dengan perkataan-perkataan Arab yang lain.

02. Mengetahui makna-makna huruf-huruf al-Jar.

03. Mengetahui makna-makna huruf-huruf istifham dan nama-namnya serta huruf-huruf al-Syarat.

04. Hendaklah seorang yang alim dengan kitab Allah Taala dan sebab-sebab turunnya (asbab al-nuzul) ayat-ayat, nasikh mansukh, al-muhkam dan al-mutasyabih yang umum, khas, mutlak, muqayyat, isi kandungan kitab, kitab al-taklif (kewajipan), kitab berasaskan suasana, mafhum al-muwafaqah dan mafhum al-mukhalafah.

05. Juga seorang yang alim mengenai Sunnah Nabi S.A.W. iaitu menguasai ilmu al-riwayat dan al-dirayah, mampu melihat maslahah-maslahah am, istihsan, ististab al-asal, manarik maslahah-maslahah dan menolak kerosakan.

06. Alim dalam ijmak dan qiyas.


Jika kita perhatikan dan meneliti syarat-syarat di atas maka ketahuilah oleh kita akan layakkah seseorang itu digelar mujtahid ataupun tidak. Ketahuilah oleh kita bahawa ulama-ulama muktabar dahulu (terutamanya imam-imam empat mazhab) mereka menguasai lebih dari ilmu-ilmu yang disebutkan di atas. Namun saya bercenderung mengatakan bahawa adalah amatlah susah ataupun tidak berupaya lagi masyarakat kini untuk mencapai tahap seorang mujtahid muktabar sepertimana imam-imam yang empat ini walaupun pintu ijtihat masih dibuka sehingga kini. Oleh kerana itulah maka janganlah kita bersangka salah kepada mana-mana ijtihat yang dikeluarkan oleh ulama-ulama muktabar kita. Sesungguhnya amatlah besar sumbangan mereka sehingga terbentuknya mazhab-mazhab muktabar hingga ke waktu ini.


Wallahualam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.